Saturday, November 26, 2011

salah aku kah??

tajuk entri yang memualkan tekak aku
apa yang aku lakukan itu semua nya salah aku ka??
setiap manusia mmg x akan mengaku kesalahan beliau
jarang2 nk jumpe manusia yang akan mengaku kesalahan masing2
termasuklah aku
tapi bagi aku
aku mmg x rasa aku salah
apa yang aku buat hanya untuk menjadikan diri aku lebih baik
adakah itu salah aku????

hanya mereka yang mengetahuinya sahaja
boleh menjawab ia adalah salah siapa
xde owg yang boleh jawab
dan menuduh itu adalah salah siapa

btw
xkira lah salah siapa pun
aku berharap perkara ini akan selesai secepat yang mungkin
disebabkan aku bukan manusia yang suka membiarkan masalah belarutan
aku berharap segeralah masalah ni pergi dari hidup ku...


Wednesday, November 16, 2011

tangisan dalam kerinduan

sementelah da lama aku x menghapdet blog aku nih
jadi aku pun ambik keputusan untuk menghapdet blog nih
mengapakah tajuk nya seperti ini???
siapakah yang menangis?
siapakah yang kerinduan???
sungguh tragis bunyi nya

hari ini
tanggal 16/11/2011
aku merasakan sesuatu yang sangat asing buat sang hati
x thu la kenapa dengan hati pada tanggal ini
seperti ada yang tidak kena
dan seperti ada yang terlalu menggugat hati

walau apa pun
aku sentiasa berdoa 
agar suatu hari nanti akan ada petunjuk terbaik buatku

sama2 kita mendoakan.

setelah sekian lama

setelah sekian lama aku meninggalkan blog usang ini


maka bermulalah acara tari menari  seorang gadis yang sangat merindui saat2 jarinya untuk menari di atas keyboard
maka dengan itu terhasilah nukilan seperti entri ini

log in jek blog
tgk blog nih da bersawang
al maklum lah terlalu lama aku tidak mengisi input2 di dalamnya
kemalasan dan kesibukan menguasai diri ini

apa2 pun
aku cuba sedaya upaya untuk membuat kan blog in kembali seperti dahulu
cuma tidak lah setegar dahulu
1 hari sampai 50 60 kali pulak update blog...
hihihhihi
nampak naw menipunya
hahahahaha



Monday, September 12, 2011

setelah sekian lama

korang semua nmpk x tajuk entri aku???
ok aku x nak cerita panjang2...mari kita mulakan
baiklah
ini adalah entri yg ditulis setelah sekian lama tidak menaip entri
blog ni pun da berhabuk da aku tgk...haishhh...kalau la ada application tok blog yg bila kita da lama x bukak dy kuat sawang2 dekat skin dy...konfem 200% blog kita hodoh kan???
idea yang xkn penuh diwujudkan

ok 
stop kt situ
aku sekrang nk cerita pasal plan2 da apa yg terjadi keatas kehidupan ku setelah beberapa ketika meninggalkan blog.
ok 1 2 3 
mula

hari tu sambil dok tengok2 kalender aku terperasan yg 16hb sept merupakan hari cuti dan hari jumaat 
jadi aku pun gatal2 membuat plan nk jumpe kawan2 kt pd.
kenapa pd
sbb tmpt pestime kami jumpa
ok plan semua da cantik da
smbil tu plan la pegi beraya kerumah rakan2 seperjuangan dan kemungkinan rumah my hubby laa
setelah semua siap di rancang
akhirnya kami seronok dan excited nak tunggu tarikh tu
3hari 2 malam....
korang ada ke???
hahahahaha

tup...tup...
bila da nk dekat dengan tarikh..
tetiba aku dapat berita kilang aku terbakar teruk
aku sebagai staf admin perlulah menjalankan tugas menenangkan bos dan tidak menyemakkan kepala otak dy...
dalam masa yang sama aku telah berjanji dengan rakan2 utk ke pd
cuti utk hari sabtu x apply lagik nih
macam mana ek???
hati da x keruan
tp bila cite ngan kawan2 dieorang bagi support baik punya laaa
aku cuba sehabis baik ea korang...
doakan aku tau

my hubby da spoil mud da bila aku cakap 
x sampai hati nk cuti dalam keadaan macam nih
tapi aku cuba sehabis baik la ye...
try utk mintak cuti pada hari tersebut..

utk my bos..
walaupun dy x baca
tapi i juz nk ckp dengan u la Mr. Wong
U have to be strong to face this situation
u can build your own business in a short time laaa...
don't worry ok???
make sure u take your meal correctly...
kesian tgk keadaan dy
mana x nya 
kerugiaan hampir mencecah 1 juta gak nye...

tu jek la...
harap korang x bosan la baca entri yg panjang lebar nih..

~gtg~














pic kakak special sikit..ssh betul nak carik pic akak..sory kak..dpt pic ni jek...hehehehe
selain family kalian la segala2nya....kita akan pastikan hari2 kita seronok ok??

Thursday, September 8, 2011

6 BULAN BERLALU

Pejam celik
pejam celik
pejam celik
da 6 bulan
da lama jugak rupanya
bagi yang da bertahun2 mungkin merasakan eleh.............
baru 6 bulan
tapi bagi aku dan dia
6 bulan sungguh bermakna

macam2 ada
macam2 dugaan
mcam2 laaaa
kuat dengan x kuat jek kan
nak2 pulak dapat awek yang mcm2 perangai
mmg la kne banyak2 sabar

tapi
aku bersyukur
sbb aku dapat yang sabar melayan perangai aku yang kadang2 entah2 apa
*kutuk diri sendiri*
sekarang usia perhubungan yang terbina sudah 6 bulan
haruslah aku gembira
menjadikan aku lebih matang lagi
matang ke ek???
hanya yang layak menjawab jek boleh jawab ye...
hihihihi

untuk awak : selamat ulang tahun yang ke 6 bulan..kita cuba jadi yang terbaik dikalangan yang terbaik ok????
kita kasi tunjuk muka awak sikit laaa
sbb entri ni kita cite pasal awak

---------------------------






------------------------------








-------------------------------












taraaaaaaaaaaaaaaaa

















selamat hari raya..sebab pakai baju melayu kan,,,hihihihi

Sunday, August 21, 2011

hati tenang bila dapat nasihat rakan

kn orang selalu cakap
rakan tu penasihat terbaik sebab dia faham apa yang kita rasa
tp bukan la aku nak ckp nasihat mak ayah x baik
nasihat mereka sangat berharga

disebabkan semalam aku terjumpa sesuatu yang cuba untuk meruntuhkan keimanan aku dan jugak kepercayaan aku
aku cuba mendapatkan nasihat daripada rakan2 melalui laman sesawang yang ada
komen rakan2 blogger sangat positif
antara ayat yang dia cuba untuk sampaikan kepada aku
"da la fiqa, kan ke awk jugak yang cakap setiap orang tu berhak diberi peluang untuk pulang ke masa lalu mereka.  Macam awak ckp dalam entri ini.  Dia mungkin ada sebab dia tersendiri, cuba awak tnya dia betul ke dia syg kan orang tu.  Jgn main serkap jarang jek..Kn nanti jadi gaduh antara korang lagi la x dapat apa2 kan???CUBALAH"

aku pun jawab

"betul la apa yang awak cakap tu..Saya da bagi dia peluang tu xkn saya nk ambik balik, buruk siku kn namanya.  Saya xnk la tnya dia, buatnya nanti dia jawab a'ah syg lagi, NPE???sy nk jawab ape pulak....menangis la jawabnya kn????tp nanti la saya cuba tnya bile saya da bersedia
time tu apa pun keputusan dia mesti saya akan terima..."

dia jawab lagi

"ok la kalau mcm tu, kalau awak da bersedia cubalah tnya dia slow2.  Insyallah dia akan jwb dengan jujur..doala byk2
Sang Pencipta tu maha mendengar"

aku jawab lagi

"baiklah awak, saya cuba sehabis baik la..Kini saya serah kan semua kepada SANG PENCIPTA"

*lebih kurang mcam ni la nasihat yang dia cuba bagi kat aku, skema kn kiteorang cakap???dia mula cm tu aku pun ikot jek laa*

selepas dengar nasihat dia aku rasa tenang sangat
tp aku rasa aku belum mampu buat apa yang dia suro
tapi
kalau sesiapa yang berkenaan terbaca entri ni.
tolong lah jawab
saya takot nak tanya awak laa....

p/s: da tak nak fikir lagi lepas ni...jadi orang buta, bisu dan pekak...x tahu pe pun yang terjadi jadi hati x de la gundah gulana.

dedikasi khas...

ye la adat berteman dan berkawan
mmg ada pasang da surutnye...
kadang2 angin kencang kadang2 angin sepoi2 bahasa...
nmpk x ayat aku bermadah mcm A.Samad Said...
ahahahahah *muntah*
hihihihi
x yang sebenarnya entri kali ni untuk yang terlibat...tp yang x terlibat pun boleh bace what
xde hal la....
kalau x, xkn aku publish kt blog ni kn???

ok sila berhenti merepek kata blog ni
hihihihi
actually dari semalam aku dok nangis
hati risau
hidup x tenang
sbb ape????
ade la perselisihan faham yang x dpt di elakkan
x thu la kenapa dgn aku nih...
x boleh nmpk bende2 yang pelik dan sensitif
*smbil pukul2 kepala sendiri*
sedih tau
aku ni pulak jenis cepat sangat nk risau x tentu hala
duduk melukut ditepi gantang sambil menangis dan berkata "kenapa dia x angkat kol aku ni???aku thu la aku slah"
hihihihihihi
hari ni pulak ada plan nk pegi shopping
bygkan betapa x seronoknya aku shopping sebab hati x keruan
time tu Sang Pencipta sajalah yang tahu
Mcm orang hilang akal da jdnye

tapi aku bukan jenis yang nk give up betul2
selagi x dapat selagi tu aku tepon
smpai putus urat2 pun xpe
asal kan dia angkat
habis semua orang aku kol pesan suro dia angkat tepon

akhirnya tepat jam 1 tghari dia ANGKAT kol aku ok
tp time tu da rase xbes pulak sbb dgr dia mcm x happy
slh aku ke??mula2 xnk mengaku
tp bile fikir kalau aku ego jugak bile nk selesai
ok! mengalah
xpe laa....tu jek care yang terbaik
bila da dengar suara dia mcm x happy aku cuba jugak buat lawak2 kartun gitu
tp x jalan sbb aku MEMANG x pandai nk buat lawak
sekali lagi akhirnya
AKU SERAHKAN SEMUANYA KEPADA YANG MENCIPTA KAMI

p/s: harap hati dia lebih tenang 1 hari nanti:)

Saturday, August 20, 2011

S A Y A N G

perkataan yang paling mudah orang nk ucapkan
semua orang suke bila ade orang cakap mcm tu dekat kita kan??
aku pun suka..smpai nk melompat2...
hihihihi
tapi
perkataan ni sangat sensitif
bukan sebarang orang boleh fikir positif
ye la mana tak nye
kadang2 dengan perkataan ni jek
sebuah perhubungan boleh runtuh

pelik x 
kenapa aku cakap mcm tu???
ye la ....
kalau yg ckp syg tu xde kaitan dengan suami kite ke, bf kite ke, nenek kita ke, atuk kite ke
x ke nmpk mcm lain mcm jek...
korang nk fikir positif ke negatif dulu???
sila jawab pertanyaan ni dengan jujur

kalau tanya aku
aku x de jwpn 
sbb tu aku perlukan jwpn korang supaya aku dpt jawapan utk diri aku
ape2 pun
perkataan ni mmg mudah nk sebut
cume 2 suku kata jek maka terkeluarlah kalimat keramat ini

gtg

Wednesday, August 10, 2011

TAK BOLEH CAKAP DISEBABKAN GAME...

kali ni entri yang betul2 buat hati aku panas...
mana x nya
disebabkan GAME x boleh nk cakap da
mcm nk xnk jek
haissshhhh
bagi aku la setiap apa yang aku nk cakap tu penting
jadi orang yang aku sampai kan ape yang aku cakap tu aq anggap dia PERLU dengar

tapi 
hati aku agak panas bila respon yang diberikan x seperti yang diharapkan
maka aku mengambil keputusan untuk hentikan hasrat untuk meneruskan percakapan
ini semua kerana untuk menjauhi rasa panas di hati yang semakin membuak2
ini pendapat aku la
x smua orang ada pendapat yg sama mcm aku
so otak lain2 kan???
xde hal la korang nk ckp ape....
ni kan blog aq
setiap yang aku coretkan
adalah hasil pemikiran aku

keputusan yg aku ambik untuk mengelakkan hati aku lagi sakit
aku akan bercakap bila diperlukan sahaja
sekian
terima kasih...

Monday, August 8, 2011

5 bulan sudah berlalu

ade blogger yang cakap
blog ni bukan untuk jaja kisah percintaan masing2
tapi bagi aku
kadang2 ade perlunya jugak aku cerita kisah aku
as long as aku x menyusahkan sape2 kan?????
blogger yang cakap cm tu mungkin blogger yang kejar duit semata2...
ok da terlalu jauh meluahkan perasaan

nampak x tajuk entri ni??
5 bulan sudah berlalu
ape maksud dia??
maksud dia 5 bulan sudah hubungan antara aku dan dia terjalin
antara siapa???
tu x yah la bagi tahu
korang yang baca mayb ade yg thu dan akan tahu
hihihihihihi

entri ni memang khas untuk dia
sbb ni kan kisah perhubungan aku dengan dia
xkn la nk dedikasikan entri ni untuk orang lain pulak kan???
hihihihihi

aku ada 8 harapan sempena 5 bulan yang pertama ni
* sentiasa berharap hubungan berjalan dengan lancar
* sentiasa ingin melihat dia sihat dan sejahtera
* sentiasa ingin berfikiran terbuka
* sentiasa mahukan dia ada tatkala susah atau senang
* sentiasa doakan yang terbaik untuknya tidak kira dari sudut apa pun
* sentiasa mahu dia berlaku adil
* sentiasa mahu dia selalu mengingati apa yang perlu dia ingati
last but not least 
* sentiasa nak dia jd milikku

pesanan untuk kamoo : harap kamo cepat sembuh nanti boleh berjimba bersama2

p/s : tahniah atas kejayaan :)

* pic kene kasi private sikit, tp bagi jugak la 1 2...hihihi

saya jadi secretary yang berkaliber 


dan kamoo


seorang juruelektrik yang mahir dan berwawasan


Saturday, August 6, 2011

gembira ke sedih????

aku x tahu la nak gembira ke sedih hari ni????
kenapa ek???
ok biar aku cerita kan situasi 

situasi pertama

hari ni 6 hb kn???
esk 7 hb
gaji sepatutnya 7 hb
tapi kan 7 hb tu hari ahad
xkan bos byr gaji ari ahad
pagi2 msuk ofis
saing2 dgn bos
dia x menunjukkan yg dia akan bayar gaji hari ni
ok xpela
mungkin isnin la tuuu


situasi kedua

bos keluar breakfast (my bos is chinese ok)
then 4 jam selepas tu dia pulang
thu x dia ckp ape???
"did u know about pay slip???"
aku dengan muka tersenyum
jawab : yes i know about that, y Mr Wong (nama bos aq)
dia ckp lagi
" i want u to print that statement"
pe mksdnye???
GAJI DA MASUK LAAAA
hahahahaha

puas aku dok merungut x tentu hala
rupa2 nya bos nk buat surprise
tengahari baru nk ckp
hahahahahaha

p/s : jd sekarang aku nak kena happy ke kene sedih????korang tolong jwbkan :)

Thursday, August 4, 2011

aku redha dengan ketentuan NYA...

di saat entri ini ditaip
aku sudah redha dengan ketentuanNYA untuk aku
kesedihan yang dialami bertimpa2
dan seperti sudah jatuh ditimpa tangga

bermula la al-kisah

semalam....
sesuatu telah berlaku kepada nya
mungkin aku orang terakhir yang mengetahui tentangnya
tu bende kedua yang buat aku sedih
yg pertamanya bila dia ditimpa kemalanga
yang ketiga dan paling sedih bila
dia tak ingat byk pun tentang aku

ayat dia yang paling buat aku terguris
"ni kt umah along ke???
along mana pulak la ni
hanya orang yang hadir dalam hidup dia sebelum aku jek ade along
nmpk x dia mksud kan siapa??

sungguh sedih...
tp biar lah takdir yang tentukan segala nya

Tuesday, August 2, 2011

pertama kali belajar....

hari ni buat pertama kali nya
aku belajar mengira gaji dan cepat2 menyedari kesalahan aku
semua statement akaun da hantar dekat bos 
skali dok belek2 statement copy yang ada kat aku
RUPA2 nya..................






aku salah backup bulan
da jadi bulan ogos
halamak cik nurul oi (name yg bos aq gune bila aku kt ofis)
ni gaji bulan julai la yunk
bukan gaji bulan ogos
dengan segeranya
aku menukar balik
lbh kurang 12 kali aku buat backup and restore tu





baru jadi......
haissshhh....ingt senang2 ke nk buat semua ni
aku belaja 10% jek dari orang lama
tapi aku kene buat 90%
mmg betul2 haru biru hidup aku ptg td
smpai kan client yang telefon aku bukan aku telefon client
mesti client tu ckp aku ni tipu
kate nk telefon tp dy yang telefon aku
mintak maaf cik client
saya BUAT SALAH YANG SAYA SENDIRI SEDAR DENGAN CEPAT

p/s : esk nak kene menghadap bos...ceritakan apa yang berlaku
dan unfair kalau dia nk marah2 aku
aku baru pestime buat la bosss



Monday, August 1, 2011

ramadhan dah pun berakhir

haaaa
tgk title jgan terus fikir da berakhir terus ok
baru yang pertama berakhir
ada lagi 29 kali berakhir
hiihihihi

entri ini ditaip
setelah melakukan solat terawih bersama ibu kesayangan
buat kat rumah je
memandangkan mahu ke surau agak kesuntukan tadi

buka puasa hari ni
sederhana saja
nasi, ayam masak merah dengan sayur
cukup la untuk menghilangkan rasa lapa

seronok time berbuka
tgk adik2 begitu bersemangat
ari ni diaorang x sekolah jadi agak agrasif sikit la
tgk esk macm mana
diaorang sekolah esk
mesti balik muka masing2 masam mencuka jek
hihihih

p/s : ramadhan kedua agak2 kita akan bertemu x?



kura-kura

first day puasa 
aku telah diuji
nsib baik la bulan puasa
maka perasaan dan percakapan boleh dikawal
syukur alhamdulilah

hari ni pegi keje dengan penuh kesedihan
sbb first day puasa kan??
orang lain cuti aku tak
maka hati jdi sebak tak tentu hala
7.42 smpai ofis dgn selamat
menggunakan kura2 kesayangan
walaupun sedih tp dtang jugak awal
*x pernah2 datang awal cm ni*
kalau x kol 7.50 mmg xkn nmpk muka aku
hahahahaha

ok time rehat
mula2 ingat xnk balik uma
stay ofis jek laaaa
tetibe hati memberontak nk balik
ok laaaa
balik la jom
capai handbag terus balik
aku pn bwk la kura2 aku
mula2 ok jek
tp bila smpai traffic light nk msuk taman
tetibe kura2 aq pengsan tanpa mengeluarkan apa2 bunyi
adoiiii
nk start x ley da

maka
..................
......................
....................
aku ambik keputusan tolak la kura2 aku tu pakai kaki
nsib baik turun bukit ok
kalau naik bukit???
x terdaya la aku
jawabnye aku duduk jek kt traffic light tu dengan kura2 kesayangan aku tuh

nsib baik la ade orang nk tolong 
kalau x 
maunye aku menangis kt traficc light tu smbil tendang2 kura2 tu
hahahahaha

p/s : kura2 itu adalah motosikal ex5 aku laaa








=





Sunday, July 31, 2011

ha??eksiden???

balik2 jek terus nangis
tnye la kenapa ni??
ayat dia lebih kurang mcm ni la " kakak, moto rosak"
tnye lagi
rosak???
td jatuh kene kejar anjing
masyallah....
berlari ke depan sambil tutup api dapur goreng pisang
tnye dia lagi
sakit x.....
dia jawab lbh kurang mcm ni la "tak sakit"

tnye lagi mcm mane boleh jatuh??
dia jwab lagi, lbh kurang mcm ni la "nk belok tp ade pasir"
kire kes tergelincir ke ape nih???
ontah den pon x thu
agak nye la tuuu

tp
........................
............................

............................
................................
......................................

...................................................
.................................................
................................
..................................................

lagi sakit bile tgk moto nye macm ni
mari saksikan...










persoalan kt sini
mcm mana aku nak pegi keje esk????

p/s : duit gaji akan lesap nmpknye....

Saturday, July 30, 2011

putih!

susah sangat kan nak seting ko
haaaaa
amek ni
blog aku putih jek
xde background bagai
give nk setting header tu

da byk kali try tahu???
tp header tu mcm tunggul jek
x mo bergerak ke hulu dan ke hilir
hadoiii
sedih dibuatnya

endingnya aku ambik keputusan x payah pakai background
biar putih suci jek...
bagi sesiapa yang x berminat dengan blog putih aku
xpe...
tp bagi sesiapa yang nk membantu
anda amat dialu2kan
tolonglah settle kn mslh header aku yg mcm tunggul ni....

p/s : mood :sedih

huh!

memang menguji kesabaran betul laaaa....
aduhaiiii
byk kali da buat

tapi apa2 pun akhirnya berjaya
cume x brapa nk cntik tap hasil kerja aku...
makanya aku puas
hahahahaha

biala orang nak ckp x cntik ke apa
yang penting aku cuba buat sendiri
inilah hasilnya


ni la header terbaru aku
dari mengedit gambar smpai la mengedit banner nye
aku buat sendiri tau x???

kredit to : suesai sebab kau aku bersemangat tak tentu hala....tq :)

Friday, July 29, 2011

aku kena jadi bini no 2???

bini @ isteri no 2
semua perempuan xnk
termasuk lah aku
aku xnk jadi bini no 2
tp kenapa dia mintak
haishhhh
tlg laaaaa
aku xnk jd bini no 2...

aku xnk kongsi kasih sayang
berkata2 sambil menangis....
walau mcm mana awak sygkan dia pun
saya ttp xnk jd bini no 2 awak
awak lepaskan saya
dan akhirnya aku ucapkan selamat berbahagia kepada dia

begitulah mimpi yang aku lalui mlm td
sadis betul mimpi tuuu
buat aku rasa cemas sampai la ke pagi
aku x rela untuk itu...
maka......

<3 dia milikku <3 @ Muhamad Firdaus Shamsudin
jangan la mimpi tu jd realiti
x sanggup la cik abg oiiii
kalau awak nk.....
awak sorang jek la ye yg berkorban
sy jugak rele supaya saya x jd bini no 2....
hihihihihihi



ok 1 jek pic boleh letak...
nanti korang terpikat...
nk jd no 3 pulak kang
hihihihihi*perasan jek lebih kan?

Thursday, July 28, 2011

M A R A H

apa yang kita rasa 
xkn sama dengan apa yang orang lain rasa
dan apa yang kita rasa
orang lain xkn rasa pun
that's y jgn rasa marah dengan orang lain kalau dia bersikap sedemikian
dia tahu apa yang dia rasa
dan dia tahu apa yang dia ptt buat

kalau dia marah sekali pun
itu adalah cara dia untuk menenangkan diri
jadi bila orang lain marah 
aku xnk marah dia balik
sbb aku xnk orang marah bila aku marah

p/s : berbelit2 da ayat ni...


sediakan payung sebelum hujan

mood hari ni : unstable
mesti korang tertanya2 kenapa unstable...
act xde pe2 sgt pun
cume terkezut jek dengan perkembangan terbaru

ye laaa...
da lama x buat checkup
tetibe td rase nk buat checkup n audit kt satu laman sosial ni
byk bende yang musykil nih
byk penyelewengan yang berlaku nih

maka aku ambil keputusan untuk marah
hahahahaha
gelak2 ni marah ke??
aku spesis yang marah mls nk ckp byk
kalau aku cm lain mcm jek
tahu la yang aku mesti ade something yang xkene tu...

aq harap peluang yang aku bagi x disie2kan...
moga2 ini jadi kali terakhir
kalau pun bukan kali terakhir
en. kepercayaan tlg laaaa bantu saya
bantu saya jadi kuat...

tolong sy perlukan anda en. kepercayaan

p/s : en. kepercayaan akan datang kalau kita yang willing untuk terima dia...



Wednesday, July 27, 2011

kenapa???

kenapa la sejak akhir2 ni rasa lain jek


kenapa la sejak akhir2 ni macam moody jek


kenapa la sejak abes blaja ni mcm bosan jek


kenapa la kene kerja 


kenapa la masa belajar dulu x payah kerja

kenapa la kita kena cari duit

kenapa la lambat nak tahu jawapan



nampak x semua nya berkaitan dengan kenapa...

p/s :  kenapakenapakenapakenapakenapa

kecik hati

korang semua tahu x apa makna kecik hati
menurut kamus merapek merapu
kecik hati ialah


hati kita bertukar saiz menjadi kecik
hihihihi
bukan lah..
kecik hati merupakan perumpamaan yang digunakan bagi mereka2 yang terasa hati atau tersentuh hati dengan individu lain

akibat itu 
maka terjadilah emosi, gangguan perasaan dan sebagainya
ada x orang kecik hati 
bunuh diri

haissshh...
jgan merepek ok
semua yang berkaitan kecik hati biasa nya boleh di selesaikan

p/s : sedap ke rasa kecik hati??

Monday, July 25, 2011

KWSP

KWSP pe yang korang thu pasal ni???
satu organisasi yang makan duit orang kot
hihihihi
ehhh...dia tak makan cuma gigit jek...
ok da terlalu jauh merapu x tentu hala...

back to the main topic

nama penuh dia ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
hari ni aku telah pun didaftarkan secara rasmi dalam badan berkanun ni
waaaaaaaaa....
cam x caye jek aq da mula ada simpanan aku sendiri
byk tau dy potong
setiap kali aku gaji dia mesti tolak 13%
yang bos bagi lagik???
da bpe da???

kalau nak simpan sendiri alamat x tinggi la simpanan aku kan????
mudah2an simpanan itu membawa berkat...

p/s : tetiba terasa lapar..

Sunday, July 24, 2011

peluang

setelah lama tidak menaip di entri yang usang ni
maka hari ini
aku mengambil keputusan  untuk menaip di entri usang ku ini
hari ni aku mengambil tajuk peluang sebagai mukadimah
pada yang baca...jgan baca tajuk saja
kena baca sampai habis...

ok..
da terlalu jauh merapu
hihihi

kenapa aku ambik tajuk peluang???
1 hari maka tersebut lah sebuah kisah
de gaya2 orang nk bercerita tak???
hihihi

setiap orang perlu diberi peluang untuk pulang ke masa lalu
ye la..
masa lalu is masa lalu
masa lalu la masa yang paling sukar untuk dilupakan
dimana disana lah terdapat semua cerita sebelum cerita baru bermula
aku jugak telah memberi peluang untuk dia pulang ke masa lalu nya
bukan selama nye ye..
sambil membesarkan mata

sekejap dan terus cepat2 balik ke masa sekarang
2 minit jek...
walaupn pdhl berjam2
hihihih
sebelum buat keputusan tu
aku telah menghitung semua buruk dan baik dari keputusan yang aku ambil ini

ramai kawan2 cakap
"kalau aku, xde maknenye"
"kalau aku, xde baginye"
'kalau la dy balik dekat ******, mcm mane"
semua kalau2 laa....

tp aku rase ni jek peluang aku untuk tengok betapa kukuh dan jati nye perasaan dia
kn???
kadang2 kita perlu bagi peluang untuk seseorang pulang ke masa lalu mereka walaupun sekejap...
sekejap pn jd la
mcm aq ckp td..
2 minit
walaupn berjam2

p/s: bila la aku nk dapat kerja yang aku apply melambak2 tu....


Sunday, July 17, 2011

kene mewarna macam budak kecik

x penah2 aku kene mewarna 
tapi masuk keje ni kene mewarna
kelaka jek
sambil wt keje ofis
sambil mewarna

kilang yang aq keje ni produce bende yang pelik sikit
so aku ikot jek la
yg pntg gaji aq naik bila aq mintak
hahahaha

nampak tak aku demand
mesti la aku demand
ko nk aku keje dengan ko kan???
ape yg ko suro buat di luar work profile aku tau
hihihihih

balik kepada mewarna korang mesti nak tahu pe yang aku kene kaler


-----

-----





-----







-----






taraaaa..........



ni la bende yang aku kene warna 
kelaka kan???
tp dapat duit maa...hihihihihi






boleh kan kalau cakap dulu???

boleh kan kalau ckp dulu
apa2 pun
xpe
aku da biasa

seronok bile mcm tu
hahahahha

that's all

semakin jauh dan jauh dan jauh

makin jauh
makin aq curige
makin aq x boleh terima
makin aq sakit hati

tapi 
ibu pesan kalau ada jodoh tak kemana
Allah dah ciptakan untuk kita
maka terima lah seadanya

makin lama makin jauh dan makin jauh dan makin jauh
sedih kan??
nak buat mcm mana inilah yang patot aku belajar..


aku dan dia

aku dengan dia??
kenapa tajuk entri aku mcm tu???
aku nk menceritakan mengenai aku dan dia laa

hahahahaha

ok2
back to tajuk entri ni
seminggu ada 7 hari tp aku memerlukan 6 hari untuk bekerja dan 1 hari saja untuk bersenang lenang
mule2 keje dalam hati ckp
xpela keje sabtu half day
rupe2 nye
hampehhhh
sampai ptg laaa
kol 5 mana ade half day
memandai jek ko kan

hahahahaha....
pagi msuk keje isi report production
amek bacaan air dan elektrik, tick name worker yang dtg n x dtg
lepas tu masuk ofis tulis repot
baru nk duduk nanti pesanan gas dtg
disebabkan aq assistant jd aq kene sign la invoice2 tu

hari2 tu jek la keje aq...
cume kalau 1 hb keje byk gila laaa
yg paling best bile kira gaji laaa
aq yg kira gaji korang ok
so jgn nk jahat2 dgn aq
hahahahaha
bajet jek lebih kan...

itu la cerita aq dan dia

berhabuk

da lama aku tak hapdet blog ni
da berabuk da
da bersawang da aku tengokk
hihihihi

bukan ape x smpat la 
lagi2 sekarang da bertambah sibukkk
makin la tak sempat
balik keje 
tgk2 kejap je

bila mata da bagi isyarat 
shutdown lappy and terus jek amek pot 
maka terlelap la aku...

walau apa pun aku sedaya upaya untuk menghapdet blog yang sekian lama berabuk ni
kalau boleh xnk tinggal kan cm tu jek...

~sekian~

Wednesday, June 29, 2011

terasa jauh

kini hampir 3 bulan berlalu
namun aku terasa semakin jauh
tak thu la kenapa
salah aku?
salah dia?
entah laaa....

xdpt nk target salah siapa
masing2 ade buat salah la kot
x thu la
kadang2 mungkin kita x nampak slh kita sendiri
tp orang lain nampak la cik kak oi

di kala duduk keseorangan
ade jugak terfikir
bagaimana lah bila 10 tahun lagi?
masih sama ke mcm ni?
ke da jd lain?

walau apa pun
aku sudah terasa sangat jauh
bila la dia nk jd dekat kan?
hope one day nti dia akan jd dekat.

~sekian~

Friday, June 24, 2011

sedih

aku x thu kenapa hari ni aq rase mcm worse sesangat
aku menyusahkan byk orang hari ni
mmg aq tension bile ibu sebut psl kerja
sangat2 lah tension

disebabkan kerja aku kene gadoh ngan ibu
seolah2 mcm aku slh
x, aku x slh
bukan aku yang slh
aq da cube sehabis baik

allah tu akan uji hambanya
aku adalah orang yang terpilih untuk ujian NYA
disaat aku menaip entri ni
ari mata aku jatuh mencurah2 ke ladang gandum

ibu...
bukan niat kakak nak lawan ckap ibu
bukan niat kakak nk buat ibu disspointed dgn kakak
bukan
xde niat lgsg pn
kakak da usaha
kakak da buat semuanya

~kakak syg ibu~


love u so much

Sunday, June 19, 2011

rezeki ada dimana-mana

setelah sebulan beberapa hari mencari kerja....

akhirnya duduk di tepi katil da merenung nasib
sebulan...
masa yang begitu lama
30 hari +++
ape kerja yang aq x cuba mintak
apa kerja yang aku x cuba apply
brape byk interview yang aku da pegi??

byk!!
tp belum satu pn jd rezeki buat aku
ade yang cube nk sdpkan hati aku 
dgn berkata
rezeki tu ade dekat mana2 fiqa
cume dia dtg lambat dgn cpt jek
dekat dengan jauh jek rezeki tu dgn kita

percaya lah
rezeki allah tu luas dekat muka bumi ni
allah x mungkin biarkan hambanya bersedih mengenang nasib diri
yang penting kita da cuba
dan da buat yang terbaik da pn

bila terfikir begini
hati mula merasa sebak
iye la
mana x nya
ada kawan2 yang da boleh tlg famili dgn hasil titik peluh sendiri
tp aku masih belum bleh lagi
sedih kan??

apa2 pun
aku percaya
rezeki allah tu luas
penantian dan kesabaran aku pasti akan membuahkan hasil yang sangat2 lumayan akan dtg
aku cume berharap 
sang hati akan kuat untuk menghadapi semua ini...

semoga sang hati ini kuat untuk menempuhinya...